MASTERA bersidang sekali setahun secara bergilir-gilir di negara anggota MASTERA. Tarikh, tempat dan waktu sidang ditetapkan dalam sedang terdahulu. Sidang MASTERA sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Tatakerja MASTERA diselenggarakan oleh tuan rumah dan dibuka oleh Pengerusi MASTERA tuan rumah serta dipengerusikan oleh Pengerusi MASTERA Peringkat Rantau. Sidang MASTERA dilaksanakan setiap tahun untuk tindakan/keterangan/keputusan berikut yang biasanya dibincangkan/dibahas sebelum disepakati
· Menentukan hal-hal dasar;
· Mengesahkan perkara yang berkaitan dengan garis haluan kegiatan MASTERA;
· Hasil kerja Panel Peneliti/Pengkaji; dan
· Rencana/Rancangan Kerja MASTERA selanjutnya.
Bahan/dokumen sidang disediakan oleh negara tuan rumah yang menyelenggarakan sidang. Sementara itu, bahan dokumen lain seperti laporan kegiatan, rancangan kerja, kertas cadangan kegiatan, usul/usulan disediakan oleh negara anggota MASTERA yang berkaitan dan dikemukakan kepada Sekretariat MASTERA negara penyelenggara selewat-lewatnya sebulan sebelum sidang berlangsung.
Sidang Pertama MASTERA | 12 – 14 Ogos 1996 | Hotel Federal, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-2 MASTERA | 5 – 7 Mac 1997 | Riverview Hotel, Gadong, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-3 MASTERA | 4 – 6 Mac 1998 | Hotel Primula Parkroyal, Terengganu, Malaysia |
Sidang Ke-4 MASTERA | 10 – 12 Mac 1999 | Hotel Purnama, Malang, Indonesia |
Sidang Ke-5 MASTERA | 8 – 10 Mac 2000 | Hotel Orchid Garden, Berakas, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-6 MASTERA | 12 – 16 Mac 2001 | Hotel Puteri Pan Pacific, Johor, Malaysia |
Sidang Ke-7 MASTERA | 13 – 15 Mac 2002 | Hotel Sahid Jaya, Makassar, Indonesia |
Sidang Ke-8 MASTERA | 12 – 14 Mac 2003 | Hotel Empire & Country Club, Jerudong, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-9 MASTERA | 6 – 7 Mac 2004 | Hotel Grand Plaza Parkroyal, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-10 MASTERA | 5 – 6 Mac 2005 | Hotel Jayakarta, Mataram, Nusa Tenggara Barat, Indonesia |
Sidang Ke-11 MASTERA | 12 – 13 Mac 2006 | Hotel Orchid Garden, Berakas, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-12 MASTERA | 11 – 12 Mac 2007 | Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-13 MASTERA | 5 – 6 April 2008 | Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia |
Sidang Ke-14 MASTERA | 19 – 21 September 2008 | Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-15 MASTERA | 2 – 3 November 2009 | Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-16 MASTERA | 29 – 30 September 2010 | Hotel Santika, Jakarta, Indonesia |
Sidang Ke-17 MASTERA | 19 – 21 September 2011 | Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-18 MASTERA | 12 – 14 Oktober 2012 | Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-19 MASTERA | 26 – 27 Oktober 2013 | Hotel Oasis Amir, Jakarta, Indonesia |
Sidang Ke-20 MASTERA | 19 – 21 September 2014 | Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, Brunei Darussalam |
Sidang Ke-21 MASTERA | 3 – 5 September 2015 | Hotel Jen Tanglin, Singapura |
Sidang Ke-22 MASTERA | 28 – 29 September 2016 | Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur, Malaysia |
Sidang Ke-23 MASTERA | 13 – 14 September 2017 | Hotel Sari Pan Pacific, Jakarta, Indonesia |
Sidang Ke-24 MASTERA | 30 September – 1 Oktober 2019 | Muzium Tamadun Asia, Singapura |