Program Pemerkasaan Pantun Nusantara

PENGENALAN

MASTERA Brunei Darusalam mengambil tanggungjawab sebagai tuan rumah dalam program Pemerksaan Pantun Nusantara. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan dan memasyarakatkan genre pantun supaya generasi muda sentiasa mengetahui kekuatan kearifan lokal yang dimiliki oleh bangsa Nusantara. Program meliputi ceramah secara teori dan aplikasi yang diadakan secara mode perkampungan yang diwakili peserta dari negara anggota. Program ini dilaksanakan dalam tiga bentuk, iaitu seminar, bengkel dan festival.

 

PELAKSANAAN

TAHUN TEMPAT
15 – 19 Disember 2010 Balai Sarmayuda, DBP Brunei Darussalam dan Kampung Senukoh, Temburong, Brunei Darussalam
28 November – 2 Disember 2012 Kampung Sungai Teraban, Kula Belait, Brunei Darussalam
28 Februari – 3 Mac 2018 Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Brunei Darussalam