Dengan ini, kami bersetuju akan:
merapatkan hubungan, pengertian, dan kerjasama kesusasteraan bagi memajukan
dan mengembangkan kesusasteraan Melayu/Indonesia ke arah menjadi warga
sastera dunia yang berwibawa.
menyelaraskan kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan Melayu/ Indonesia
secara terpadu. mengusahakan peluang-peluang bersama untuk para sasterawan
memajukan bakat, penterjemahan penerbitan, dan pengiktirafan terhadap
pencapaian mutu ciptaan sastera.
memantapkan penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu/Indonesia sebagai
wahana komunikasi, media ilmu pengetahuan, dan media pengucapan seni ke peringkat rantau dan antarabangsa.
melaksanakan segala butiran yang terkandung dalam Piagam Majlis.
Kami juga bersetuju akan mengundang badan-badan yang sama di negara-negara
Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Laos untuk menganggotai
Majlis ini sebagai Pemerhati bagi tujuan meluaskan kegiatan kesusasteraan
melalui pengucapan dalam bahasa Melayu/Indonesia secara lebih meluas,
penting dan berwibawa.