Apresiasi Naskhah Drama

FESTIVAL TEATER MASTERA  (APRESIASI NASKHAH DRAMA)

PENGENALAN

Festival Teater MASTERA (Apresiasi Naskhah Drama) dilaksanakan sewaktu Mastera Brunei Darussalam menjadi tuan rumah Sidang Mastera. Festival ini antara lain bertujuan untuk menyedarkan masyarakat dan penggiat seni serantau untuk mengangkat isu-isu kenegaraan dan kemasyarakatan yang relevan dengan kehidupan semasa. Di samping itu, untuk menggalakkan masyarakat umum serantau khususnya golongan remaja untuk mendekati sastera dan persuratan Melayu melalui pementasan teater sebagai manifestasi kehidupan bangsa Melayu di Nusantara.

 

PELAKSANAAN

TAHUN TEMPAT PERSEMBAHAN
16 – 18 September 2011 Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei Darussalam

i.       Teater “Restoran” oleh Gabungan Kumpulan Putra Seni dan Rakis Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam.

ii.     Teater “Sumirah (Kidung Senyap Seorang Perempuan)” oleh Dewan Kesenian Jawa Timur, Indonesia.

iii.    Teater “Taman O” oleh Kumpulan Teater Artistik, Singapura

17 – 19 September 2014 Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam

i.      Teater “Pusar” oleh Kumpulan Putra Seni, Brunei Darussalam.

ii.     Teater “Mengeja Kabut” oleh Kelompok Teater Tesa, Indonesia.

iii.   Teater “Bisikan” oleh Kelab Kilat, Kuala Lumpur, Malaysia.

iv.   Teater “Atuk” oleh Encik Hazriq Idrus, Singapura.